Sunday, 26 February 2012

Tolak Joki

Menolak Rezeki

SOROTAN CERITA: Baru habis menonton drama Pelarian di TV3. Bagus plot ceritanya dengan pelakon hebat-hebat. Biarlah kita pandai memilih dalam setiap pekara dalam hidup yang sangat singkat. Secara umumnya menontonlah cerita yang memberi tauladan, buat keputusan yang terbaik, cari rezeki dari yang halal. InshAllah. Dalam mencari pengalaman yang disediakanNYA banyak pekara-pekara yang sudah saya lalui. Setiap kita berusaha bersungguh2 adalah cuma mencari rezekiNYA dan redhaNYA. Kalau dapat rumah besar, kereta mewah, bercuti di pusat peranginan , alhamdulillah satu kemewahan dan bonus. Kalau tidak, tetaplah kita bersyukur dengan pemberianNYA.

Sebaik habis menonton drama tadi anak sulung saya Nur Hannah Syamimi meluahkan rasa hatinya 'macam best dapat bantu orang-orang susah'. Drama tadi berkisar kisah pemerdagangan kanak-kanak. Satu lagi watak oleh Vanida Imran pula menyelamatkan kanak-kanak. Terlampau ramai manusia didunia ini hidup dalam pelarian hanya untuk mencari rezeki mulut. Tak usah tengok jauh. Di Malaysia saja terlampau ramai pendatang asing datang mencari rezeki dan bekerja bersungguh-sungguh. Tapi tak dinafikan banyak jugalah masalah sosial. Tapi tolak tepi subjek itu dan cuba kita renung kesungguhan masing-masing berusaha mendapatkan rezekiNYA. Pengawal Keselamatan di bank, kawasan perumahan mewah, shopping komplek, di stesen minyak, diladang-ladang semuanya pendatang asing. Kita ? Adakah kita sebenarnya pelarian didalam negara kita sendiri ?

Dinotakan sedikit cerita begini supaya kita jangan menolak rezeki. Satu masa dahulu orang perempuan Jepun dahulunya ramai yang menjadi amah kepada orang Filipina tapi sekarang? Negara Arab dahulunya padang pasir semata..... sekarang? Maksudnya disini usaha berterusan penting kerana tiada jalan mudah untuk menikmati setiap rezekinya. Tidak mahu melihat pada kanta yang jauh tapi dekatnya pelajar-pelajar saya sendiri pun mengambil mudah pelajarannya dan tidak bersungguh-sungguh. Tidak semua tapi rata-rata. Bila belajar di ambil mudah apa kesudahannya? Umpama menolak rezeki?

Juga perlu diperhatikan punca REZEKI yang diberi MAKAN pada anak-anak. Ini adalah peringatan pada saya sendiri ! Sama-sama kita RENUNG bukan TENUNG. Punca makan yang baik membina satu bangsa dan tamadun yang dihormati?

Mendidik anak umpama menenun,
Ilmu dikutip setinggi gunung,
Setiap kesukaran jangan ditenung,
Bila diduga disaran merenung ?

Renungan : Jaga punca makan inshAllah makan sedikit kita akan kenyang ?

0 comments:

Post a Comment