Saturday, 11 February 2012

Lomah Bodan Lauk Kampung

Terung................

SOROTAN CERITA : Sejarah martabatkan individu serta bangsa secara amnya. Kalau tidak kerana keperihan dahulu tidak kecap sedikit kesenangan hari ini. Terpakai pada semua rasanya. Seperti yang diceritakan sebelum ini saya dari sebuah keluarga yang besar dan gaji arwah abah tidak seberapa. Alhamdulillah dalam kesibukan bekerja, arwah abah dan MAK DARA sangat rajin.........berkebun, menjala/menimba ikan, pelihara ayam dan juga bercucuk tanam.........! Setiap kali melambuk/mencangkul batas saya suka juga menolong arwah abah dari kecil sampailah kesekolah menengah. Tanam serba sedikit kacang panjang, bendi, kangkung tanah, kacang botol, timun, terung telunjuk, terung bulat dan terung cina. Tanahnya tak seberapa tapi Allah dah janji rezekiNYA kalau kita berbudi dengan tanah. Alhamdulillah. Setiap kali melambuk 'mencieh poluh' arwah abah. Tapi dia selalu pakai topi dan disangkut ketengkuk tuala good morning. Jelas lagi diingatan................paling tak lupa bila arwah abah pesan, 'bilo abah kojo jangan lupo sigham sayur tu.........banyak an air eh sikit'.

Dulu............kalau makan lauk-lauk begini kira susah........kadang-kadang merunggut juga tapi dalam hati. Melangkah balik dari sekolah selalu terfikir...............'alahai lauk apolah haghi ni?...ghobung, ubi kayu masak lomak, toghung, kangkung.....................?' Alhamdulillah itulah rezeki yang menjadikan saya hari ini. Perlu sentiasa mengenang cerita lama supaya kita sentiasa berpijak dibumiNYA. Jangan menongkah langit bila diberi sedikit kemewahan? Mohon Allah tetapkan hati supaya sentiasa bersyukur setiap hela nafas yang diberi dan setiap ulas nasi yang dijamah. InshAllah dan alhamdulillah.



Masaknya tak susah dan ringkas. Bawang putih seulas dua, bawang, cili padi, ikan bilis ditumbuk jangan terlampau hancur. Ditumis garing masukkan terung gaulkan sekejap masukkan sedikit air panas, garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka dan goreng sampai empuk. Siap.......................

Kesusahan dahulu masih jelas,
Tidak berlauk kehabisan arang,
Terima rezekiNYA dengan ikhlas,
Sejarah dulu kesenangan sekarang.

Renungan : Sentiasa kita bersyukur dan membantu yang susah setakat yang mampu walaupun hanya berdoa didalam hati supaya Allah melipatkan gandakan rezeki orang-orang yang lebih susah dari kita terutama keluarga kita?

0 comments:

Post a Comment